Wednesday, February 9, 2011

RESEPI KEK PELANGI

Last time i da share cara nk wat kek butter..so, diz  time i nk share cara wat kek pelangi lak..actually care die same je..bhan die pun same..juz kne tmbh pewarna untuk wat kek pelangi nih..
 *pic bwh nih ihsan dr kwn i cik irnie..tq cik irnie..i nye pic x smpat nk amik da abis makan..hehe..



Bahan2~


2 cawan tepung naik sendiri
250gm butter
1 cawan gula kastor
4 biji telur gred B
5 sb susu tepung yang dibancuh dengan air
1 sk esen vanila

sedikit pewarna mengikut kesukaan - i guna warna merah dan koko


Cara2~



  1. Panaskan oven pada suhu 180 degree
  2. Sapukan loyang pembakar  dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula dan sehingga kembang dan ringan.
  4. Masukkan telur satu demi satu dan pukul rata setiap kali telur ditambah.
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan esen vanilla
  6. Setelah sebati semuanya, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut pewarna yang dipilih ( i bahagi kpd 3 bahagian untuk warna merah, koko dan warna original adunan)
  7. Tambahkan pewarna kepada setiap adunan dan kacau rata-rata.
  8. Masukkan adunan berselang-seli ke dalam loyang pembakar.
  9. Bakar pada suhu 180 degree selama lebih kurang sejam