Thursday, February 10, 2011

Roomate oh Roomate...

Arghhh...tension tol r ngan roomate i si beruk 3 ekor 2..asal mlm2 je nk mmekak..now da kul 12.51a.m and u olls tau ape diorg ngah wat??!!..ngah paku dinding dlm bilik nih..gile ke ape??!!nk tido pun x snang..xpe2..niway, i da figure out da cara2 nk halau dieorg nih...mmg sgt2 bgune lah..tguuu....akan ku lakukan jua demi menghalau roomate2 ku ini... (◕^^◕)


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 orang bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Wednesday, February 9, 2011

RESEPI KEK PELANGI

Last time i da share cara nk wat kek butter..so, diz  time i nk share cara wat kek pelangi lak..actually care die same je..bhan die pun same..juz kne tmbh pewarna untuk wat kek pelangi nih..
 *pic bwh nih ihsan dr kwn i cik irnie..tq cik irnie..i nye pic x smpat nk amik da abis makan..hehe..



Bahan2~


2 cawan tepung naik sendiri
250gm butter
1 cawan gula kastor
4 biji telur gred B
5 sb susu tepung yang dibancuh dengan air
1 sk esen vanila

sedikit pewarna mengikut kesukaan - i guna warna merah dan koko


Cara2~



  1. Panaskan oven pada suhu 180 degree
  2. Sapukan loyang pembakar  dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula dan sehingga kembang dan ringan.
  4. Masukkan telur satu demi satu dan pukul rata setiap kali telur ditambah.
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan esen vanilla
  6. Setelah sebati semuanya, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut pewarna yang dipilih ( i bahagi kpd 3 bahagian untuk warna merah, koko dan warna original adunan)
  7. Tambahkan pewarna kepada setiap adunan dan kacau rata-rata.
  8. Masukkan adunan berselang-seli ke dalam loyang pembakar.
  9. Bakar pada suhu 180 degree selama lebih kurang sejam

RESEPI SIAKAP 3 RASA SIMPLE

Last week i ikot cik abang i p manceng kt kolam..dpat r ikan siakap 3 ekor..balik manceng 2 da kul 3 pg..igt nk bwk ikan 2 p kedai suh org kedai 2 masak..tp sume kdai da ttop..3 pg u olls..mmg la kedai da ttop kan..yg bkak cume kdai mamak je..huhu....so,mlm 2 kempunan lah nk mkn siakap 3 rasa..
Then, soknye cik abang i suh lah i msak siakap 3 rasa..dsebabkan x pnah msak 3 rasa nih, i pon mtk lah resepi dr mk cik i..dan akhirnye ngan wat2 cm pndai msak, i pon try lah msak..well..bley than gak rasenye..cm rase kt kdai 2(konon je)....Kt bwh ni i nk share resepi 3 rasa 2 ngan u olls..


Bahan2~

1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih-ditumbuk
6 ulas bawang merah-ditumbuk
10 biji cili padi-ditumbuk
seinci halia-diketuk
2 biji tomato-diblend
nenas dalam tin
Gula 
Garam

Cara2~

1. Goreng ikan seperti biasa dan ketepikan
2. Tumis bawang merah,bawang putih, cili padi bersama halia
3. Masukkan tomato yang telah diblend ke dalam tumisan tersebut
4. Masukkan nenas dan sedikit air nenas tersebut ke dalam kuah
5. Setelah kuah hampir masak, masukkan sedikit gula dan garam
6. Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng

~Selamat Mencuba~


RESEPI KEK BUTTER SEDAP

i dapat resepi ni dr kawan i tp i ubah ckit2..ramai betol yg suke mkn kek nih..especially my father..klu i nk wat kek laen mesti die suh i wat kek nih gak..nk x nk tpakse lah wat gak..niway,tq ye cik irnie 4 diz resepi..

Bahan2~


2 cawan tepung naik sendiri
250gm butter
1 cawan gula kastor
4 biji telur gred B
5 sb susu tepung yang dibancuh dengan air
1 sk esen vanila


Cara2~


1. Panaskan oven pada suhu 180 degree
2. Sapukan loyang pembakar yang bergaris pusat 8 inci dengan sedikit mentega. Ketepikan.
3. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu demi satu ke dalam adunan
3. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak ke dalam adunan
4. Masukkan susu dan esen vanila
5. Bakar adunan pada suhu 180 degree selama sejam