Monday, May 24, 2010

Cara buat blog sendiri

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu seperti gmail. Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 5 langkah mudah berikut:

1.     Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
2.     Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
3.     Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa. Untuk mendapatkan template yang lebih menarik, anda boleh memuat turun template-template yang percuma melalui beberapa laman web seperti http://freetemplates.blogspot.com dan http://btemplates.com.
4.     Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”
5.     Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.